Tuesday, February 9, 2010

FOTOGRAFI BOKEH


Assalamualikum, salam sejahtera, salam perpaduan, salam 1malaysia,Minggu yang lepas semua pelajar telah diberi tugaskan untuk menghasilkan fotografi menggunakan cahaya lampu dikenali sebagai 'Painting with Light'. Minggu ini En. Azaini telah memperkenalkan kepada semua pelajar dengan salah satu teknik dalam fotografi iaitu 'Fotografi Bokeh'. Perkataan ini masih baru bagi pelajar fotografi dan kami ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang penggunaan teknik Bokeh dengan lebih mendalam lagi.Melalui pemahaman saya dan penerangan pensyarah fotografi(En.Azaini), Bokeh berasal daripada perkataan Jepun yang membawa maksud kabur. Dari segi definisi pula, Bokeh merujuk kepada penampilan cahaya pada kawasan kabur pada satu-satu imej atau gambar. Depth of Field(DoF) dan Bokeh begitu penting nilainya dalam bidang fotografi kerana boleh menghasilkan gambar yang sangat menarik dan mempunyai nilainya yang tersendiri. Manakala bentuk dan saiz cahaya yang terhasil bergantung kepada saiz aperture dan lens dan bagaimana kita mengambil gambar tersebut(komposisi). konsep fotografi ini dapat menghasilkan satu gambar yang penuh dengan nilai artistik apabila kita cuba menghasilkan gambar Bokeh dengan menggunakan pelbagai bentuk yang terhasil melalui cahaya yang difokuskan. Melalui Pengalaman yang saya lalui apabila menggunakan teknik Bokeh,barula saya faham bagaimana mahu menghasilkan 'Bokeh Fotografi' ini. Berikut adalah gambar yang saya hasilkan, walaupun kualiti gambar yang saya ambil masih kurang dan lemah tetapi saya dapat memahami dan mempelajari 'Teknik Bokeh' dan akan menghasilkan gambar yang lebih baik lagi.










Kamera: Nikon D40
Aperture: 1/3 , Shutter Speed: f 5.6
Lens: 18-55mm (manual)
Lokasi: Water Front






Kamera: Nikon D40
Aperture: 1/2 , Shutter Speed: f 5.3


Lens: 18-55mm (manual)
Lokasi: Water Front








Kamera: Nikon D40
Aperture: 1/1.3 , Shutter Speed: f 5.6
Lens: 18-55mm (manual)
Lokasi: Water Front
Ulasan:
Bagi tiga fotografi dia atas, ini adalah hasil yang telah saya ambil selepas saya mengetahui teknik yang saya gunakan pada permulaan fotografi saya adalah salah. Anda boleh lihat sendiri gambar yang terdapat di bawah, amat berbeza dengan gambar diatas, tetapi saya masih tidak berpuas hati dengan apa yang saya hasilkan kerana masih kualiti gambar saya masih kurang, namun saya cuba untuk mempelajarinya lagi dan memperbaiki kemahiran saya.






Kamera: Nikon D40
Aperture: 1/1.3 , Shutter Speed: f 3.5
Lens: 18-55mm (manual)
Lokasi: Water Front






Kamera: Nikon D40
Aperture: 1/1.3 , Shutter Speed: f 3.5
Lens: 18-55mm (manual)
Lokasi: Water Front
Ulasan:
Gambar diatas merupakan permulaan kepada bokeh fotografi yang saya hasilkan,berbeza dengan tiga gambar diatas kerana saya menghasilkan banyak lubang pada kertas dan menumpukan pada satu-satu cahaya sahaja. Beginilah hasil yang saya dapat.


Sekian saja untuk miggu ini,sila beri ulasan dan tunjuk ajar kepada saya untuk memperbaiki kemahiran saya.Sekian terima kasih.

0 comments:

Post a Comment